Wednesday, 27 November 2013

Mereka!

Benarkah melayu di bumi Malaysia?
Atau khayalan semata-mata?
Atau hiasan sejarah dunia?.

Timbulnya tidak merasa ada
Tenggelamnya tidak merasa tiada
Bermusuh sengketa darah sesama
Hasutan haiwan bertopeng manusia.

Sedarkah kalian akan mereka?
Panah serakah dianggap pendeta
Janji durjana membela bangsa
Harapan bangsa di sia-sia.

Tanpa sedar sebab mereka
Berperang kita sama saudara
Hanya bertumpah darah sesama.

Bermandi dosa kita angkara mereka
Bertembung senjata kita angkara mereka
Yang digelar pengkhianat bangsa.

Saturday, 16 November 2013

Askar keluarga.

Mak dah macam askar
Tidak tahunya kata lelah
Tidak tahunya kata gundah
Kontang kantingnya terlihat dibiar

Siangnya segar malamnya segar
Pertahan harta paling bermaruah
Katanya jaga yang sakit terbiar
Yang sakit terbiar hidup tak berubah

Tangan kanan berkata jaga
Tangan kiri biar sengsara
Tapi yang dijaga dipalao ibunda
Entah entah senang entah berduka

Ajaklah yang atas kembali bawah
Ajaklah yang bawah junjung ditengah
Ajaklah semua balas sang darah
Membesar zuriat talian darah

Harap tak lupa yang banyak berduka
Jangan membiar sang ibunda
Besarnya kita balaslah jasa
Seorang askar yang banyak berjasa.

Sunday, 13 October 2013

ayuh kawanku,
tegakkan negara yang satu

ayuh kawanku,
bubar lah rasa bencimu

ayuh kawanku,
sahut cabaran hidupmu

ayuh kawanku,
ciptalah coretan baru

biar hilang separuh badanmu
biar tumpahnya darahmu
biar dalamnya lukamu
biar robeknya hatimu
biar kusamnya jiwamu
biarlah sakitnya itu,
 JADI PEMBAKAR YANG BARU!

Monday, 7 October 2013

pagi yang indah untuk berpuitis,...
memang setiap hari macam ni,..
tak tahu lah mcm mana boleh minat berkata abstrak ni,.
.tulis dalam buku rasa x puas, nak berkongsi saja semua luahan.
setiap apa yang jadi mesti ada kata abstrak.
kisah lama.
kisah cinta.
kisah suka.
kisah duka.
semua nak diabstrak,...

tak apalah,...baru nak belajar,....tuliskat blog pun x puas,..
maybe nak cuba pergi luah kat jalanan kot,...

Tuesday, 24 September 2013

bekas

bila bulan menyinari ku
hati mula merasa rindu
suara malam memanggil ku
mencari siapa yang ku rindu
mula langkah ku menunggu
tapi tidak akan ku seru
siapa sang yang ku tunggu

hatiku terus menunggu
tunggu ku rasa tak jemu
hatiku terus merindu
pada dia yang ku tak tahu

masih ku tunggu perobek hati
tapi tidak ku berpatah hati
ku tunggu dia menjadi ganti
namun tak jua ku temui

rindu hati tak tertahan
siang malam ku menahan
hingga santapan ku biarkan
sungguhnya hatiku tak keruan.

Saturday, 21 September 2013

metaforanya...

lahir perbalahan dari tak sefahaman
yang dicari persamaan yang dijumpa perbezaan
singkapanya  berkata sayangi insan
tiada berjumpa sifat kemanusiaan

yang diusaha penat katanya
yang di badai kata sakit hatinya
yang bersua muka tak kenal hatinya
yang dicari teman hilang ujarnya

betulkah aku salahkah ?
salahkah kamu betulkah kamu?

hanya diam tak berkata
bagai suara alam bentara
hamparkan tangan hanya bicara
keampunan siDia yang maha Esa

Friday, 20 September 2013

bulatan...

terperangkap ku dalam bulatan fikiran
kejutnya aku ruh tiada di badan
terbang ku melihat tanah idaman
bagai laut merah dicurah ikan

cinta

tak kurang cinta kerana rupa
tak kurang cinta kerana sengsara
tak kurang cinta kerana berduka
tak kurang cinta kerana setia
tak kurang cinta kerana Sang Setia

angin bayu menyapu muka
sembah hati pada Sang Setia
biarpun duka resah sentiasa
tetap taatku pada siDia

cinta ibunda bawa ke syurga
cinta ayahnda bawa bahagia
cinta kasih cinta setia
terangi malam ku terlena

hilang...

hilang cinta tak bermakna sepi
hilang rindu tak bermakna sunyi
hilang sayang tak bermakna benci
hilang harapan tak bermakna ketinggalan
hilang pengganti tak bermakna keseorangan

-sangbongsu-

merpati

bagai merpati hinggap di sarang
tiada lelah tiada duka
mencari cacing buat santapan
si merpati kecil yang kelaparan

merpati kembali mencari harapan
berdoa agar berjumpa jalan
mencari rezeki anak harapan
santapan si kecil yang kelaparan

si kecilkinipandai mengibas
mengibas sayap terbang tinggi
pandai mencari suapan diri
kini di abai sang merpati

merpati terus mencari alas
membela nasib membela rias
harinya hidup bagaikan kapas
ditiup angin hilangnya paras